Feel FREE to follow :

Thursday, July 2

Store-room becoming personal-bedroom :))

Penat seyh ngemas 'stor'~ hadoyaiii.

Malam ni lepas kemas, saya basuh lantai die.

Actually bukanla stor pon, it's a bedroom jugak. tapi sekarang xpakai and dah dijadikan macam store sebab banyak barang disumbat didalam itu :)

Nak pindah masuk jadikan my bilik, coz sebelum ni bilik saya kongsi sama my sis. So, mau la bilik sendiri, privacy sikit kan :P hee. so ask permission from mak, then gigihla memunggah barang2 didalamnya, angkut2 sume, angkat2 almari bawak kluar; sebab nak basuh bilik tu.

haisyo. bilik itu dari penuh sawang2 dan kotoran di simen lantai dan dinding kini bertukar indah. ececeh :P
Esok bila lantai dah kering, saya mahu masukkan barang2 sume, perabot2 termasuk katil yang kat tingkat atas tu nak bawak turun :) then nak susun barang2 saya sume all together letak kat my room :) semangat! pasni xde sapa leh usik barang i teaww :P pbhhhht! Selalu kalau i kemas, abes berselerak balik bila Ada and Epoi balik. xlupa juga anak2 sedara yang nakal2 itu. huhu. Lepas ni jangan harap :P

See. Saya dah ada aktiviti yg berfaedah sikit nak buat :))

braid hair.

Hye everybody :)

saja mau say Good Night to everybody :)

malam ni saya tade keje, :P
pegi braid sume rambut sampai jadi begini:



nak buat french braid xretila sorang2 buat kat rambut sendiri :(
rambut orang lain retila.



boleh ah ni. ahahahaha :D


nampak sangat kan yang saya sangat memerlukan kerja or aktiviti berfaedah sekarang~ (-_-")


Monday, June 29

Agak-agak, bila kita nak tengok TRANSFORMERS untuk ke-3 kalinya?



Puas hati~

Kami dah tengok TRANSFORMERS untuk kali ke-2 tadi. heh :P Show was on 12.10 p.m and dah tentu2 pilih seat tengah~ :)) Then, peduli~ guna jugak student card, belum pon officially habes blajar kan. haha. Konvo pon bulan 11 karang. haha. Okayla tiket RM10 jadi RM6. ahahahah. 1st time tengok tu show kul 6.20; so adalah tidak boleh menggunakan student card kan. ahahhaha :D Hee.

Suka lak tengok Jetfire otai lama tu. Dia the real hero kan? Huu~ kalau xsebab dia, xdaya jugak kan Prime nak lawan The Fallen tu. hiks~ anyway Prime tetap macho and Bumble Bee tetap comell tahap dewa2. :D

Time Prime mati sedih gak lagi. tapi air mata xde ngalir. time Sam nak mati tu, sadis~ nanges jugak ko~ bhahaha :D Adie~ bila lak nak tengok untuk kali ke-3? hahahaha :D

Hiks. After makan kehepsi, Adie anta gi station bus, mau balik T.i. Now, dah adala kat T.i :)

misssing Adie already~ :(

p/s : awaitnya xmesej ni yangg? grrr.

Sunday, June 28

Ipoh - Sg Buloh - Tampin - Melaka - Shah Alam - Brickfields;


Di saat ini, sebak lak bila tengok gambar2 Ojen ngan akak kat dalam handphone. huu. Rindu dah kat Ojen~ :(


Anyway, balik kepada tajuk; huu. merata kot menyinggah :P
Ipoh - Sg Buloh - Tampin - Melaka - Shah Alam - Brickfields;

Seperti yang diceritakan di entry sebelum ini, family Adie mengajak saya menghantar Ojen. :)
Pagi Jumaat tu dalam kul 3 lebih (pagi buta ok) kami berangkat :) Sebelum heading ke Melaka or what-so-ever, Mama Adie nak singgah ke umah Mak Yang Adie di Sg Buloh. So kami breakfast nasi Lemak disitu :) [huu.sorang2 sedara die saya jumpa. hoh.]

Then, terus ke Melaka. eh, rupanya tidak~ huhu. Terus ke Tampin untuk menginap. huu. Kami menginap kat RestHouse kat Tampin. Besar~ Agak cosy walaupun macam bussuk je dengar resthouse kat Tampin kan? haha. Tapi best tempat die. Sejuk je, padahal hakikat darjah kepanasan di zon itu ala2 mcm HOT-HOT-MELAKA jugak. huhu. Well, bagusla if datang bersama family; and affordable too untuk bilik luas memuatkan 5 orang ;) Mulanya, mama Adie kata nak menginap di bandar Melaka, tapi Abah Adie mau tempat yang dekat sikit ngan UiTM supaya xla terkejar2 nak daftar kul 8.30 esok tu kan. After check in tidur-tiduran dulu di resthouse. and after kaum lelaki semayang jumaat, kami gerak untuk lunch. Kami makan di bandar Tampin; Restoran Cili Pado pe kejadah ntah, fail plak bab nama dia. lebih kurang betul la tu kot. :P Sedap. huu. Then, aktiviti merantau pon berlaku smbil membeli barang untuk Ojen. hahah.

Then, esoknya pagi2, request kat abah Adie untuk breakfast kat warung nasik lemak Mak Jan. woah. Lama kot x pekena nasi lemak kat situ. terbaeeekkk!! Xjauh dari Uitm Alor Gajah tu. masa saya and Adie wat diploma kat situ dulu, warung tu favourite budak2 uitm kot. huhu. Masa breakfast tu, dapat berita tergempar yang Raja pop MJ dah meninggal masa ternampak headline paper kat atas meja. huuu. sedih2. huhu.

Then, misi menghantar Ojen pon dilaksanakan. Konfiden ingatkan muka kami la yang awal2 datang~budget xpayahla nak Q panjang2 kan sebab berlagak je masing2 sebab bila sampai kat warung tadi tu belum pon kul 8 lagi. hoho. Rupanya~~~hamek kau. Dah penuh dah UiTm ngan keta2, sampai nak parking pon terpaksa kat Bangunan Ad lama (dulu studio part 6 i kat situ, sekarang katanya dah pindah kat bangunan baru tu, so agaknya dah jadi pejabat admin saja kott.) Then, hantar Ojen naik blok. Angkat2 barang die semua, betul2kan mana yang patut. Yang kelakarnya; ada la parents roomate Ojen tu ingat saya yang nak belajar situ. huhu. Orang dah abes belajar dah pon. huhu. Senior kott. Maybe sebab i awet muda kott :P ahahaha. perassan sebentar~ huhu. Then, before kul 4 untuk hantar Ojen kembali untuk program petang, kami gi checkout dulu and had our lunch together.

After hantar Ojen masuk Uitm balik, kami terus heading ke Shah Alam pulak. Misi mengankut barang2 Adie dari umah sewa dia. Then, dengan badan letih2 dengan habuk2 sume (haha), Mama Adie ajak singgah KL, stay a nite; freshen-up dulu, then jalan2 kat Petaling Street. Kami ends up menginap kat Brickfields :) Sebab kata nak jalan2 kat Petaling street kan.

Esoknya, after breakfast, kami checkout and terus balik Ipoh. (huu, pujukan mama Adie untuk stay lagi a nite to abah Adie tidak berjaya. haha) Singgah Simpang Pulai pekena Nasi Ayam. Then dalam kul 3 petang camtu, sampai la ke umah Adie :)

alhamdulillah selamat pergi, selamat kembali.

huu. Esok saya heading balik ke Teluk Intan plak. :)
Sebelum balik, Adie ajak tengok Transformers lagi sekali sok, showt kul 11.20 :)) seat mestilah nak kat tengah~ huu. aritu tersiksa dapat belah tepi skali. huu. :P

Okeh, tu je catatan harian untuk kali ini. wakakakak :P

Thursday, June 25

Warning : Spoiler Transformers baeeek punya!




Sebelum bukak citer apa2, mau jerit dulu :P
Transformers ROCK giler vavi.
Terbaeeeek!!!
Hee. Ok.
Spoil yang dijanjikan;

Optimus Prime mati seyh!!! HAHA.
and saya nanges!
huaaaaaa, :'(
huhu. sedeyh ouh~

SAM pon hampir mati okay.
and time tu pon i cried. HAHA :D

Okayla. tu saja. nanti banyak2 sangat pon korang kecik ati lak nak tengok en. haha.
pe lagi, gi la tengok~ terbaik weyh.


Ouh Optimus Prime~ You're my hero!
optimus prime versi comel-comelan. :D

Shorty karaoke :D


Kan petang tadi plan mau tengok itu Transformers. :))
sementara menunggu itu transformers; kami karaoke. :)

aksi2 kami :P

video
video

ok, itu saja :D

*yang suka stalk2 orang tu, get a life. pegi mampuus. ini blog peribadi and ini untuk kenangan penulis.
x suka sila main jauh2 :)

just sayin



i'm in Ipoh :)
semalam sampai sini dalam kul 5.30 camtu.
esok nak ke Melaka anta Ojen, adek Adie register di UiTM Melaka :)
Rinduuuuu Melaka lah!

Hee. :D

Petang ni nak hangout ngan mereka, nak tengok cite Transformers.
Semalam nak tengok, tapi FULLHOUSE sepanjang hari ok. haip!

Bye. :))



Friday, June 19

Hey there pretty!


(click the logo to go to their website)

Wondershoe :))
for.flatshoes.junkies








Yup, dari indonesia :)
Tengok Diana Rikasari and Queen Bee pakai;
rasa jealous plak. Mau jugaaaa :)
----------------------------------------------------------
Lama sungguh saya x membeli flat shoes;
ballet-type-shoes sepert di atas :D
Kalau dulu, sebelum berminat nak pakai heels,
semua kasut saya sume flat shoes-ballerina punya kasut.
Hee. Sebab comel and sangat selesa :)
Tak caya tanyala Adie. Dia saksi :P
Selalu suka momoe. Kadang2 everlast.
And ada juga a few dari unbranded punya.
Galadiator jenis tapak rata pon mau jugalah,
since yang saya dah ada tu ber-heel :)



Thursday, June 18

Lolly-heart-candy

Hee. As you can see down here, saya sudah membogelkan candy ni, dan ummmmm...suda start menikmatinya :D kan Adie kata xbaik membazir. hee. sedap. mau? tergoda x tengok candy tu berkilat2. hikhik :P



Sorry ye you all, masa kecik2 i xpernah makan candy-lolly sebesar tapak tangan ni. hoho. Nak ngabeskannya punyala azab. hee. haus lidah dibuatnya. :P tapi sedap. masam2 manis. i likkke. Ni dah benti mam sebab dah rasa semacam dah lidah. haha. tu baru suku. letak dalam peti ais, bungkus balik. esok sambung. wakakakaak :D



see. fringe i dah panjang, dah buleh selak ketepi. haha. pasni i nak bela panjang2, nak buat curl~ :))

------------------
oshinz ade tanya kan; yup, gambar header atas tu snap sendiri je. pakai timer. haha :D camera phone lopek je, 2 megapixel. heh. nak DSLR ntah bile dapat. huu.

Heres a HeartCandy for u~

Hye there! lama xupdate kat sini. Heh :P

Tergezuut? Yup, blog bertukar wajah; dan juga nama :P
Sebab pe tukar? Dulu kan guna nama "The Unpredictability" kan?
dulu yela, saya suka ngadu benda2 yang sedih2la, jiwang la hape, the unpredictable life lah (bhahahahah), tapi lately dah xde cite2 mcm tu dah kan. wakakakaka. Why? Sebab saya nak blog yang ni melaporkan kegiatan harian saya je. So saya nak letak nama "HeartCandy" sebagai nama main blog saya ni. Kira nama DIARY saya lah~ :)) so nak stick pada The Unpredictability macam xbest plak (walaupun mmg hidup saya unpredictable pon) sebab nak satu nama yang lebih pleasant sket. HeartCandy pleasant lah sikit kan? Haha :D

Dah lama dah nak tukar nama sebenarnya, tapi xjumpa nama yang sesuai. haha.
& juga kemalasan nak membuat headernya haha. Tapi url xbertukar ye. Masih lagi ielamorientes.blogspot.com :)


Kenapa HeartCandy? Sebabnya adalah :
  1. Heart-candy yang dalam gambar kat header tu rasanya ada kan yang tau sapa yang bagi? hee.
  2. Obviously dah ada someone yang dah jadi heart candy saya :D *blushing*
  3. He means the world to me, and he make my day. And boleh kata everything involved in my life mmg akan ada kene-mengena ngan dia. haha :D
  4. 'Heartcandy' which i interprate by myself (haha); as what would be in mylife that i want to share with you guys. It's like stories from my heart and i give you a piece to share it with me :) ececeh!
  5. Rasa macam nama yang sesuai untuk motivate diri untuk kehidupan yang lebih membahagiakan untuk saya dimasa akan datang. :)
  6. 'HeartCandy' lebih comel ouh? hikhik :P

Anyway, bukan apa je pon yang tukar. Template sama je macam sebelum ni, cume tukar header, sticker and background je. Soon nanti saya tambah footer plak k. Header pon cincai je dulu amik gambar sendiri edit2 sikit2 je. haha :D Nanti dah ala2 cam senang sket hati, saya buat yang lain hokkkkay? :D Ngee.

Jangan lupa vote skali poll yang ada kat tepi tu tau. bawah sticker blog :)
adios~
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

++ 3 years back then. ;))